Pages

Wednesday, September 2, 2009

Selamat ulangtahun kemerdekaan ke - 52


Dalam akhbar Sinar Harian semalam Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipetik sebagai berkata bahawa perjuangan kemerdekaan yang sebenar di negara ini masih belum selesai. Menurut Tuan Guru perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah pembebasan manusia dari pengabdian diri pada sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah swt.
Tuan Guru membuat kenyataan tersebut sempena ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara semalam.Kenyataan beliau itu sudah pastilah merujuk kepada kenyataan Rabie bin Amir kepada Panglima Maharja Parsi bernama Rustam di medan perang al Qadasiyah dizaman Sayidina Omar al Khattab. Apabila ditanya berkenaan tujuan atau matlamat tentera Islam ketika itu, Rabie berkata:
“Allah membangkitkan kami (orang-orang Islam), untuk kami mengeluarkan (memerdekakan) manusia dari mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada ALLAH SWT, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”
Lantaran itu perjuangan menuntut kemerdekaan yang hakiki ini perlu diteruskan. Perjuangan untuk memerdekakan manusia dari pergantungan kepada sesama manusia, ke arah menyedari dan menginsafi bahawa pergantungan hidup hanyalah pada Allah swt perlu terus dipacu. Ianya bukan mudah, ianya tidak senang malah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi.Bagaimana kita mahu mendakwa telah merdeka sedangkan ketentuan Allah swt dicabar dan diragui? Bagaimana kita mahu mendakwa telah merdeka sedangkan usaha ke arah yang makruf dipandang rendah dan dihina tetapi kerja-kerja maksiat disanjung dan dipuja.Oleh itu teruskanlah perjuangan kita sehingga tercapai kemerdekaan yang sebenar itu.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)