Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Wednesday, December 30, 2009

KONVENSYEN NISA' WILAYAH


Assalamua'laikum dan salam sayang buat semua..
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.


Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke program terdekat kami iaitu:-


KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ANTARA YANG MENARIK :
1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir


Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

"Kerana Dirimu Begitu Berharga"

Hubungi Segera:
013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)


Ayuh, kita sama-sama meriahkan konvensyen Nisa' kali ni.. Jumpa di sana... (~_^)

Tuesday, December 29, 2009

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan Ust Zaharuddin
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.

Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat "

ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

Monday, December 28, 2009

HARI KELUARGA PUTRAJAYA

Assalamualaikum…

Maaf atas kelewatan menerbitkan laporan Hari Keluarga Putrajaya ini atas sebab –sebab tertentu. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan pada 13hb Disember 2009 di Taman Wetland Putrajaya. Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh oleh Ustaz Mohamad Nazir Zakaria selaku Yang DiPertua Kawasan Putrajaya. Seramai 150 orang telah hadir ke program ini bersama keluarga masing-masing.

Ibu-ibu sedang menjalankan aktiviti musang berjanggut (pilih kasih)

Adik-adik sedang berlumba-lumba mengisi air dalam botol
Program Hari Keluarga yang julung-julung kalinya diurus seliakan oleh Nisa kawasan putrajaya ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk di kawasan Putrajaya ini. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir lebih kurang pada pukul 12 tengahari. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di antaranya tarik tali (tali Ukhwah), tuju kasut (lontaran Pejuang) Musang Berjanggut (Pilih Kasih), Lari Ikat Kaki (Tautan Kasih), Mencari Gula-Gula dalam tepung, Isi air dalam botol dan banyak lagi. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan sesuai untuk semua peringkat umur muslimin dan muslimat.

Program ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka dan tidak lupa juga sesi cabutan bertuah juga dijalankan. Hari Keluarga ini diakhiri dengan majlis penutup oleh Sdr Kamaruzzaman Muhammad.

Adik-adik dapat hadiah yer~

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan ukhuwah sesama muslimin dan muslimat. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli Nisa Putrajaya yang telah bertungkus lumus merencanakan dan menjayakan Hari keluarga ini. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat redha dan berkat daripada Allah SWT.
Wallahualam
p/s:bnyk lagi gambar-gambar yang menarik akan diupload kemudian.stay tuned.=)

Thursday, December 24, 2009

Nisa' Small Kindness (NSK)


Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua.
Post kali ini adalah berkenaan dengan kutipan sumbangan untuk program Nisa' Small Kindness (NSK) yang bertemakan "CERIA KEMBALI KE SEKOLAH"
Sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal tiba tidak beberapa lama lagi.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada anda diluar sana yang prihatin dengan kebajikan anak-anak ini.
sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank:
164070517542 (SITI SYUHADA BINTI CHE ISHAK)
Bagi mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi 013-3185619 (Syuhada)

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah

Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua pengunjung blog.

Ana mewakili semua organisasi Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT 1 MUHARRAM 1431 HIJRIAH..

Semoga bertambah amalan seiring pertambahan..

Sebagai muhasabah, marilah kita semua merenung sejenak,
selama 12 bulan kita berada di tahun 1430 H,
apakah sumbangan yang telah kita lakukan kepada ISLAM?
apakah sumbangan kita terhadap insan-insan disekeliling kita?
apakah sumbangan kita kepada kedua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita?
apakah sumbangan/kebaikan yang kita lakukan terhadap diri kita sendiri?
Tertunaikah amanah kita kepada sesama makhluk?
Tertunaikah amanah kita terhadap diri sendiri?
Tertunaikah janji yang telah kita lafazkan kepada Pencipta yang Maha Kuasa?

Jawablah sejujurmu, tiada yang lebih mengetahui kecuali DIA yang maha mengetahui dan diri kamu sendiri..

**************************************

DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.
Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.
Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN




Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....

*******************************


Monday, December 14, 2009

salam perjuangan buatmu, mujahidah solehah, Nasihah...


Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu

Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
SemogaAllah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

salam perpisahan buat ukhti Seha yang bakal melanjutkan pelajaran ke Utara..
Semoga istiqomah dalam setiap perkara kebaikan.
Dimana bumi dipijak, disitu ISLAM dijulang..
Semoga iman dalam jagaanNYA sentiasa, insya'ALLAH..
Doakan kami di sini.. (^_^)

Telah terlakar coretan kisah kita bersama.. Selagi mana diizinkan ALLAH, ia pasti mekar di taman hati kita semua..
Ukhuwwah ini tanda cinta sejati.. Terpahat di dalam hati dan sanubari
Kami, ahli Nisa' Putrajaya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ukht Seha..
Jaga diri, hiasi peribadi..

Friday, December 11, 2009

halwa buat pembaca sekalian


SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz

Berjuang menempah susah

Menanggung derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid membela taufiq..


Dipisah dia berkelana

Dibelenggu dia uzlah mula dibina

Namun jiwa tetap marak memburu cinta

Membara demi Allah dan Rasulnya


Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Tenang, resah silih berganti

Inilah sunnah..orang berjuang..


Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..


Berjuang memang pahit..

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih


Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran

Antara dua jadi pilihan.

Dunia yang fana atau syurga..


Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Tenang, resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat mencurah tenaga


Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran

Antara dua jadi pilihan.

Dunia yang fana atau syurga..

Wednesday, December 9, 2009

Mohon Sumbangan Sempena Hari Keluarga di Putrajaya

Assalamualaikum,

Pihak organisasi program dengan berbesar hati menjemput saudara/i bersama-sama menyertai program ini dan mengalu-alukan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau barangan untuk menjayakan program kali ini. Kepada pembaca yang berminat untuk menyumbang, sila salurkan sumbangan anda kepada akaun CIMB Bank 1407-0521874-52-2 atas nama Assiah binti Ramli .


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi :
Ust. Shaharudin Zaini - 0123943397
Hidayah - 0125992715
Assiah - 0142317919


JazakAllah khair kathira diucapkan atas sumbangan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Semoga dilimpahkan rezeki serta mendapat balasanpahala dan Syurga Allah di akhirat.

Mari Melabur Dengan….


Assalamualaikum...

Memberi sememangnya makruf lebih sukar daripada menerima. Memberi, punya nilai pengorbanan di situ. Korban akan menyebabkan kita kekurangan sesuatu. Contoh ada dua orang, terkorban seorang, maka tinggal satu. Begitulah duit, kita ada RM1000, kita beri pada orang lain RM500, maka kita hanya tinggal RM500 dan bukan lagi RM1000.

Manusia, apabila memberi, dia akan teragak-agak kerana memikirkan kekurangan yang akan dia hadapi. Kekurangan ini, membuatkan manusia takut hendak memberi.Hal ini kerana, dia menganggap bahawa memberi sesuatu, sama dengan merugikan diri sendiri.

Berbanding dengan menerima yang hakikatnya dan kesannya berlawanan daripada memberi(maksudnya mendapat keuntungan), manusia tidak senang dan tidak ringan untuk memberi. Sebab itu, manusia lebih suka diberi dari dia yang memberi.
Itu realiti, di mana-mana sahaja, setiap tempat dan masa.

Namun izinkan saya sebagai penulis artikel ini untuk mengajak anda, pembaca artikel sama-sama meneliti hal ini. Apakah benar memberikan sesuatu itu merupakan satu kerugian?

Pelaburan tanpa rugi

Tahukah anda, sebenarnya sedekah itu satu pelaburan? Tapi bezanya sedekah dengan pelaburan-pelaburan yang kita lihat dalam dunia sekarang ini, adalah sedekah merupakan pelaburan yang tidak akan rugi.

Saya ulang, tidak akan rugi.

Kenapa saya berani kata begitu? Hal ini kerana, TUAN yang memegang pelaburan kita nanti itu, adalah “Yang Tak Akan Rugi Walau Seluruh Dunia Berusaha Merugikan-Nya”. TUAN yang memegang pelaburan kita nanti, adalah “Yang Berkuasa Atas Segala-galanya”. Itu sebabnya, saya amat yakin, pelaburan kita dalam line sedekah ini, adalah pelaburan tanpa kerugian.

Menarik?

Sedekah memang satu pelaburan

Kenapa pelaburan? Baik. Bila pelaburan, pastinya ada untung rugi. Saya dah jelaskan, dalam kes ini(sedekah), kita memang tidak akan rugi. Jadi, pelaburan kita ini sekarang hanya ada untung sahaja. Kenapa saya kata sedekah ini satu pelaburan? Kerana pelaburan adalah sesuatu yang kita tak dapat hasilnya pada hari kita melabur. Hasilnya akan kita dapati pada akhir kitaran proses perkara yang kita laburkan kepadanya.

Andai kita laburkan duit kita pada sebuah kumpulan bola. Untung hanya akan kita dapat bila genap setahun. Itupun kalau pasukan bola itu mencapai prestasi yang baik pada tahun itu. Jika tidak, bila lengkap setahun, kerugian pula akan datang pada kita.

Begitu juga konsep sedekah. Ia konsep pelaburan. Kita tidak akan dapat untung dia pada masa kita memberi, melabur itu. Dan lebih menguji kita, pelaburan sedekah ini tidak mempunyai waktu tetap macam setahun, dua tahun, untuk kita mencapai keuntungannya semula. Oh, dia ada waktu tetap yang gerenti kita akan dapat untungnya. Iaitu di akhirat sana.

Kita melabur sedekah, kita tidak berurusan dengan penerima sedekah kita sebenarnya. Tetapi kita sedang berurusan dengan TUAN kepada Penerima Sedekah itu sebenarnya. Jadi, untungnya akan diberikan oleh TUAN penerima sedekah tadi, bukan si penerima sedekah.
Kiranya, kita melabur dengan DIA, kita berniaga dengan DIA.

Ini satu pelaburan. Pelaburan kita dengan Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah As-Saff ayat 10-11.

Keuntungan di dunia dan akhirat

Bila cakap fasal bisnes, orang lebih suka cakap fasal untung daripada rugi. Memandangkan pelaburan yang saya sedang katakan ini tiada kerugian, hanya ada untung, maka saya akan bercakap dari aspek keuntungan pelaburan ini sahaja.

Pelaburan ini, ada dua kemungkinan cara untungnya.

Pertama: Untung di dunia dan di akhirat.

Kedua: Untung di akhirat sahaja.

Berkenaan mana satu yang kita dapat, itu urusan TUAN yang kita laburkan wang kita kepada-Nya. DIA tidak sama dengan pengrus-pengurus perniagaan yang lain. DIA ada metod-Nya sendiri yang tidak dikongsikan dengan orang lain.

Namun, saya di sini meyakinkan anda bahawa, tidak kira anda mendapat kemungkinan yang mana satu pun, kedua-duanya sama hasilnya: UNTUNG. Dan tiadalah yang pertama itu lebih daripada yang kedua, dan tidak pula yang kedua itu lebih dari yang pertama. Sama keuntungannya. Dan DIA tahu mana satu kemungkinan untung yang lebih baik untuk kita. Itu kelebihan berlabur dengan DIA.

Antara contoh mendapat untung di dunia dan di akhirat adalah: Hidup di lapangkan, rezeki menjadi mencurah-curah, mendapat balasan dan penghargaan daripada manusia lain dan sebagainya. Di akhirat, semestinya dia dibalas lagi dengan syurga dan disisihkan dari neraka.
Tapi ada juga yang dapat untungnya di akhirat sahaja. Dia Allah berikan hidupnya terus sempit, tidak dihargai walaupun dia rajin memberi dan membantu orang lain. Orang ini, Allah ada sebab untuk mengujinya. Tetapi, Allah bukan zalim. Tingkatannya nanti di akhirat, pastinya tinggi jika dia mampu melalui hidupnya dengan keimanan kepada Allah SWT. Kenapa saya yakin Allah akan balas orang ini lebih di akhirat?

Sebab Allah itu tidak zalim, dan Dia berjanji akan membalas semua kebaikan kita.

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya.” (Al-An’am: 160)

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (kurnia-nya) lagi Maha Mengetahui. “ (Al-Baqarah: 261)

Tapi saya suka nak nyatakan di sini, kemungkinan dua itu adalah sangat-sangat jarang berlaku. Biasanya, sesiapa yang meringankan tangannya untuk memberi, Allah pasti akan melapangkan hidupnya dari arah yang tidak disangka-sangka. Cuma selalunya, kita perasan atau tidak perasan sahaja.

Pelaburan bersifat berterusan

Ada juga pelaburan yang bersifat kekal dalam line ni. Namanya pelaburan jariah. Ya, macam bina masjid, tolong sekolah yang memproses peribadi yang Allah redha, bina rumah anak yatim, dan apa-apa sahaja sumbangan kita terhadap perkara berbentuk bertahan dalam jangka masa panjang dan boleh digunakan dari masa ke semasa.

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.

Pelaburan ini, akan terus memberi untung pada kita walau kita mati. Bank pelaburan kita tidak akan terhenti, akan terus bertambah dan bertambah walaupun masa beramal telah habis. Selagi masjid yang kita bina, sekolah yang kita sumbang tu masih terus berjalan, maka selagi itu kita akan mendapat untungnya.

Menarik tak? Mati pun still dapat untung lagi.

Balasannya berganda-ganda, dan gandaanya fleksibel

Bercakap berkenaan untung dalam pelaburan ini, satu lagi yang menarik berkenaannya adalah nilai keuntungannya. Setiap kebaikan yang kita lakukan, sumbangan duit yang kita beri, akan diberikan semula dalam bentuk keuntungan yang berlipat-lipat.

Dari IbnuAbbas RadhiyallahuAnhu,dia meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam, beliau meriwayatkan wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dia berfirman,

“Sesungguhnya Allah menetapkan kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan kemudian menerang­kannya. Barangsiapa berhasrat mengerjakan kebaikan namun tidak jadi mengerjakannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan seutuhnya. Jika ia berhasrat mengerjakan kebaikan lalu benar-benar mengerjakannya, Allah mencatat nilai kebaikan itu sepuluh kali sampai tujuh ratus kali lipat, bahkan berlipatganda lagi. Dan barangsiapa berhasrat mengerjakan keburukan namun tidak jadi mengerjakannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan seutuhnya. jika ia berhasrat mengerjakan keburukan lalu benar-benar mengerjakannya, Allah hanya mencatat satu keburukan untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dalam kedua kitab Shahihnya dengan lafazh seperti ini)

Gandaannya paling kurang adalah 10 dan paling banyak adalah 700. Menarik tak?
Di sini saya suka nyatakan bahawa, kalau kita gandakan 2 dengan 2 maka jawapannya empat, hukum matematik ini di sisi Allah pastinya adalah berlainan. Untuk Allah, tidak semestinya ganda 10 tu bermaksud RM1 dibayar RM10. Allah ada nilaian-Nya yang tidak mampu dinilai oleh manusia biasa.

Kita lihat sendiri bagaimana Allah melihat masa, berbanding manusia melihat masa. Kita nampak akhirat tu jauh, lama lagi, tetapi Allah tetap menyatakan akhirat itu dekat dan hampir. Dari zaman Rasulullah hingga zaman kita, 1400 tahun telah berlalu tetapi kiamat belum berlaku lagi. Namun dari zaman Rasulullah lagi, Allah dah kata akhirat itu sangat dekat. Jadi, di sisi Allah, 1400 tahun itu tidak lama.

Jadi, apatah lagi dalam hal gandaan. Di sisi Allah, ia menjadi fleksibel. Mustahil RM1000000 boleh disamakan dengan syurga yang tiada mata pernah melihat, tiada fikiran pernah terfikir, tiada hati pernah terlintas akan bayangnya yang sebenar? Jadi nampak tak bagaimana besarnya balasan yang Allah nak sediakan ni?

Dan macam saya kata, pelaburan dalam line ini tiada kerugian. Yang ada hanya untung. Maka anda pasti untung. Kadar untung, bergantung kepada kualiti pemberian anda. Sebab itu, diriwayatkan bahawa, Saidatina Aisyah RH, sebelum memberikan sedekah, dia akan membasuh dahulu duitnya dan mewangikannya. Bila ditanya, dia menjawab:

“Duit ini akan sampai pada Allah dahulu, sebelum sampai pada tangan si penerima”

Ya.. Kualiti pemberian, pelaburan kita juga penting.

Kualiti pemberian, pelaburan

Macam mana nak mengkualitikan pemberian dan pelaburan kita agar gandaan yang Allah balas nanti berganda-ganda lipatnya?

Pertamanya adalah niat. Bersihkan niat kita ketika memberi. Kenapa kita memberi? Semestinya kerana Allah, hendak membantu orang yang menaikkan agam Allah, hendak menambah amalan kita, hendak Allah redha dengan kita.

Keduanya adalah punca pemberian kita. Jangan kita berikan duit yang hasilnya dari sumber yang haram. Duit yang kita curi, kemudian sedekah kat orang, tak boleh macam itu. Kualitinya akan menurun, dan kemungkinan ditolak oleh Allah SWT.

Ketiganya adalah memberikan yang baik-baik sahaja. Kalau nak sedekah, jangan bagi duit koyak. Kalau nak menyumbang, jangan sumbang barang rosak. Kalau nak menyumbang kudrat tenaga, jangan curi tulang.

Keempatnya adalah bersedekah atas jalan Allah, bukan jalan lain. Ini penting juga. Jangan pergi sedekah pada kasino untuk mereka luaskan perniagaan mereka. Jangan pergi sedekah pada rumah pelacur agar mereka dapat gaji lebih ramai perempuan. Menyumbanglah pada jalan Allah, pada orang yang berjuang atas jalan Allah, pada tempat-tempat yang memproses manusia untuk membina peribadi yang Allah redha.

Cukup empat ini kita selesaikan tuntutannya, maka pemberian kita adalah pemberian, pelaburanm yang sangat sangat berkualiti.

Penutup: Memberilah, melaburlah, jangan tunggu lagi
Maka, apa yang anda tunggu-tunggukan? Jalan pelaburan telah saya beri, pelaburan ini pula terbukti tidak merugi, malah gandaan keuntungan pada pelaburan ini tidak pula akan didapati dalam pelaburan lain. Keuntungannya sangat-sangat besar.
Jangan teragak-agak menghulurkan derma, Lebih-lebih lagi kepada pembaca artikel ini yang gajinya amat banyak. Sumbangkan wang anda, agar wang anda muncul di akhirat membantu anda. Jangan habiskan semuanya di lubang tandas, di tempat pembuangan sampah, di tempat perlupusan harta dan sebagainya.

“Mana ada duit dik, gaji RM12,000 pun tak cukup zaman sekarang. Ada professor pun yang hutang keliling pinggang.”
Ya kah bang? Tahu kenapa tak cukup bang? Sebab gaji abang RM12,000 sebulan, tapi abang hidup dengan bajet RM20,000 sebulan. Mana tak hidup dalam lautan hutang? Sebulan hutangnya RM8,000.

Jadi, apa kata gaji RM20,000, kita hidup la dengan bajet RM5,000 ke, barulah ada ruang untuk membuat pelaburan. Bukan rugi pun pelaburan ni bang. Tak rugi. Saya dah kata dah kat atas ni. Ni kekal sampai akhirat bang. Pelaburan abang yang mana kekal sampai akhirat macam pelaburan atas ni?

Semua di dunia ini akan hancur pembaca. Maka apalah sangat kita memberikan yang akan hancur ini, kepada yang memerlukan yang akan hancur ini? Kita dah ada bahagian kita dalam yang hancur ini, dan sebab ia akan hancur, kita tak perlu banyak-banyak. Kita perlu sekadar yang perlu sahaja.

Maka, apa lagi kita tunggu.

Memberilah, melaburlah, apa sahaja, walau sedikit, pastinya ia merupakan satu perniagaan yang amat baik.

Tiada rugi. Yang ada hanya untung

Thursday, December 3, 2009

Jom Rehlah!!




Tuesday, December 1, 2009

Wanita oh Wanita

Assamua'laikum. Buat renungan wajib yang bergelar wanita ISLAM...

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Semoga sama-sama kita menjaga aurat dan keindahan ciptaan Allah SWT ini..