Pages

Friday, March 12, 2010

TAHNIAH ADIK NUR


Assalamua'laikum dan salam penuh mesra buat semua.


Alhamdulillah, dengan izinNYA, keputusan SPM telah pun diumumkan semalam. Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2009 yang telah berjaya, dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. ALLAH dah janjikan yang terbaik untuk kita. Usaha lagi, insya'ALLAH.


Dan disini, kami, NISA' PUTRAJAYA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Adik Nur, iaitu adik kepada Timbalan Nisa' Putrajaya yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam SPM beliau. Insya'ALLAH, usaha+tawakkal = kecemerlangan.


Walaupun hanya berkesempatan mengenali adik Nur selama lebih kurang 2 bulan, tapi kenangan antara kita semua memang tak mampu dilupakan, kecuali dengan izinNYA.


Tahniah sekali lagi. Insya'ALLAH, kita jumpa dalam program NIsa' WP River Camping. ^_^


Wassalam.

2 comments:

  1. Tahniah juga kepada Nisa Putrajaya yang berusaha untuk mendekatkan remaja wanita bersama-sama mendekati Islam

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, smuanya dengan izin ALLAH yang maha kuasa..

    ReplyDelete

Nisa' Connecting Youth.. =)