Assalamua'laikum.
Apa khabar semuanya? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat. Masih diberi kesihatan yang baik dan kesempatan meneruskan kehidupan di dunia ini dengan bekal iman dan ISLAM. Alhamdulillah, tiada nikmat yang lebih baik darinya. Segala puji dan puja hanya untuk ALLAH, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
ALLAHu ALLAH.
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH sekalian,
Hari ini bertarikh 10 Oktober 2011, bersamaan dengan 12 Zukaedah 1432H. Alhamdulillah, masih diberi ruang masa untuk kita teruskan kembara di dunia ini. Siapa yang memberikan nikmat ini kepada kita? Tiadalah yang dapat menandingi kuasaNYA, pastilah ALLAH yang maha Kuasa.
ALLAHu ALLAH.
Lailaha illallah.. Muhammadun rasulullah!
Kalimah tauhid yang perlu sentiasa basah dibibir. Kalimah tauhid yang perlu sentiasa bertakhta di hati. Kalimah tauhid yang perlu ditanam didalam diri.
Kita hanya makhluk ciptaanNYA yang tak punya apa-apa. Walau sehebat mana sekalipun di kita di mata masyarakat, hakikatnya, kita hanya hamba tak berdaya. Hakikatnya, kita hanya hamba tanpa apa-apa. Hakikatnya, kita hanya makhluk tiada upaya. Hakikatnya, kita hanya meminjam dari ALLAH segalanya!!
Siapalah kita tanpa restu dan redha dariNYA? Siapalah kita tanpa rahmat dan kasih sayang dariNYA? Siapalah kita tanpa nikmat iman dan ISLAM dariNYA? Siapalah kita jika tiada izin dariNYA untuk teruskan kehidupan hingga ke saat ini?
KITA TAK PUNYA APA-APA!
ALLAHu ALLAH.
Perjalanan hidup ini,
andai disusuri tanpa hakikat sebenar sebagai seorang hamba,
PASTI akan menjadi sia-sia.
Perjalanan hidup ini,
andai dijalani tanpa redha dan rahmat dari ALLAH,
PASTI tiada satu pun yang dapat dijadikan bekal untuk ke akhirat nanti.
ALLAHu ALLAH.
Hidup kita sebagai hamba,
Perlulah sentiasa berlandaskan pegangan yang kukuh kepada tali ALLAH.
Perlulah sentiasa berteraskan al-Quran dan as-sunnah.
Perlulah sentiasa mengikut syariat yang ditetapkan.
Janganlah mudah terpesona dengan keindahan dunia yang palsu.
Jangan mudah berputus asa dari rahmat ALLAH.
Jadilah hamba yang taat pada perintahNYA, dan laksanakanlah segala suruhanNYA.
Tinggalkan segala laranganNYA.
Sahabat Nisa' sekalian,
jadilah hambaNYA yang bertaqwa.
Sahabat Nisa' sekalian,
sunnah rasulullah jangan dilupa.
Sematkan rindu kepada rasulullah di dalam dada.
Moga mendapat syafaat baginda di akhirat nanti
Ayuh saling menasihati dan ingat memperingati antara satu sama lain.
Semoga ukhuwwah/persahabatan kita mendapat redha dari ALLAH, kekal hingga ke Syurga sana.
Rindu kalian kerana ALLAH!
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)