Assalanua'laikum.
Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. (^_^). Alhamdulillah, kami juga sihat walafiat.
Program Jom Sihat anjuran Nisa' Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan PPUKM, Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Jawatankuasa Surau Al-Husna telahpun berlangsung pada 11 Februari yang lalu.
Alhamdulillah, program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Putrajaya. Malah, ada juga yang datang dari luar Putrajaya. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Program bermula pada jam 9.00 pagi. Pelbagai kaunter pemeriksaan disediakan, antaranya ialah kaunter pemeriksaan tekanan darah, kaunter khidmat kaunseling, kaunter pemeriksaan gigi dan banyak lagi. Gerai jualan juga ada terdapat di luar dewan.
Jom lihat paparan bergambar yang kami sediakan.
Program Jom Sihat @ Fasa 12, Presint 9, Putrajaya
- Dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ust. Redza yang mewakili perubatan Darus Syifa' -
- Kaunter pemeriksaan BMI. Juga menjadi kaunter pertanyaan berkenaan dengan penjagaan kesihatan -
- Kaunter pemeriksaan gula dalam darah -
- Ramai yang turut tertumpu kepada kaedah perubatan alternatif (perubatan darus syifa') -
- Kaunter khidmat kaunseling. Menyediakan pelbagai jenis ujian untuk mengkaji tahap tekanan yang dialami oleh individu. Boleh juga menjadi tempat berkongsi masalah (^_~) -
- Orang ramai menanti giliran dengan penuh sabar. Terima kasih diucapkan kepada semua diatas kerjasama yang diberikan -
- Kami menerima kehadiran yang tak putus-putus sejak pukul 10.00 pagi hingga jam hampir ke angka 12.00 t/hari. Syukur kepadaNYA -
- Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menerima khidmat yang diberikan. -
- Petugas-petugas dari PPUKM sedang menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberikan khidmat kepada masyarakat -
- Kanak-kanak juga turut hadir memeriahkan majlis -
- Terima kasih di atas sokongan. 1 keluarga datang membuat pemeriksaan kesihatan. Bagus! -
- Tetap menanti dengan penuh sabar -
- Kaunter pemeriksaan darah menjadi pilihan orang ramai -
- Menanti giliran untuk mendapatkan pemeriksaan.-
- Kanak-kanak juga ada slot tersendiri. Pertandingan mewarna mendapat penyertaan yang menggalakkan. Tahniah kepada yang telah memenangi acara -
Sampai di sini saja untuk kali ini. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan peserta-peserta Santai Bowling pada hari Ahad ni. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua. (^_~)
Assalamua'laikum
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)