Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Monday, September 28, 2009

Rahsia Dan Hikmah Puasa Enam

Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam. Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal. Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum,Di kesempatan ini, saya mewakili semua ahli Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Semoga lebaran pada kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.Semoga perjalanan kita dipelihara Allah Taala dari sebarang malapetaka. Sedikit doa untuk diamalkan sempena 1 Syawal.(1) Tawassul dengan Asma Allah di Malam Idul Fitri Doa dan permohonan di malam Idul Fitri yang diawali dengan Tawassul pada nama-nama...

Tuesday, September 15, 2009

Keberkatan Hadir Majlis Ilmu

PUJANGGA Arab ada berkata:“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”Kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.Kedatangan Ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu.Dalam hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika Ramadan.Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan,...

Monday, September 14, 2009

KPI Ramadan: Di mana kita?

HARI ini sudah 24 hari umat Islam menunaikan ibadat puasa Ramadan. Enam hari lagi, seluruh Muslim akan menyambut hari kemenangan, Aidilfitri.Pada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik?Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran?Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api...

Thursday, September 10, 2009

ISTIKARAH

Artikel berkaitan Istikharah ini ana terbaca dalam laman web Ustaz Zaharuddin. Pencetus ingin tahu betulkah mimpi itu petanda dari hasil Shalat Istikharah? Alhamdulillah melalui artikel ini juga ana mendapat pemahan jelas tentang jawaban-jawaban berkaitan Istikharah. Rasanya ramai di antara kita yang masih keliru tentang konsep ini dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ikutilah penjelasan Ustadz Zaharuddin ini melalui pertanyaan yang diajukan kepadanya : Soalan AssalamualaikumPertamanya saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan pihak penerbit...

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kawasan Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Nisa' Putrajaya akan mengadakan program:Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kawasan PutrajayaTarikh : 12 September 2009 bersamaan 22 RamadhanTempat: Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Putrajaya, Presint 15Masa: 9.00 pagiSEMUA dijemput hadir!!...

Wednesday, September 9, 2009

Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”Mendirikan...

KELEBIHAN ZAKAT FITRAH DAN SEDEKAH

SEDEKAH yang diberikan dalam bulan Ramadan dapat menampal segala kebocoran-kebocoran dan kekurangan-kekurangan yang berlaku pada ibadah puasa itu. Allah telah mewajibkan mengeluarkan zakat fitrah dengan tujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan pekerjaan keji yang telah mereka lakukan dalam sebulan berpuasa itu. Oleh itu, zakat fitrah dianggap sebagai pembersih diri. Menurut Hassan Al-Basri, zakat fitrah bagi puasa...

Monday, September 7, 2009

Malam Lailatul Qadar Yang Terindah

Keutamaannya sangat besar, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke darjat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula memandukan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an} akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman...

Thursday, September 3, 2009

SESAT DALAM CINTA DAN RINDU..

Manusia secara fitrahnya memang tidak boleh dipisahkan dari memiliki sifat cinta, rindu, benci, marah, suka, dan seumpamanya. Dengan sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan kita ini bernama manusia. Malah ditambah lagi dengan keistimewaan kemampuan berfikir. Tidak cukup dengan itu, diberi pula panduan dalam mengharungi setiap perjalanan kehidupan. Cukup istimewa kita ni...Berbalik kepada tajuk, iaitu di mana begitu ramainya manusia tenggelam dalam...

Wednesday, September 2, 2009

Peristiwa Perang di bulan Ramadhan

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2 peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin sedang berpuasa. SubhanAllah....

Selamat ulangtahun kemerdekaan ke - 52

Dalam akhbar Sinar Harian semalam Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipetik sebagai berkata bahawa perjuangan kemerdekaan yang sebenar di negara ini masih belum selesai. Menurut Tuan Guru perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah pembebasan manusia dari pengabdian diri pada sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah swt. Tuan Guru membuat kenyataan tersebut sempena ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara semalam.Kenyataan...