Pages

Tuesday, May 24, 2011

Catatan dari Usrah Nisa' Bulan Mei 2011



Assalamualaikum.




Sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya sekalian, alhamdulillah, pada 20 Mei 2011(Jumaat) yang baru berlalu usrah gabungan Nisa' telah berjalan dengan lancar. Walaupun pada hakikatnya ramai ahli nisa' yang tidak dapat hadir disebabkan masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan.






Majlis dimulakan dengan sesi taaruf bersama 3 Ahli baru iaitu, Rosnani, Masmuliati dan Zuriana. Agenda seterusnya ialah penyampaian tazkirah oleh ukhti Asyikin. Tajuk yang disentuh untuk sesi kali ini ialah 'SABAR' yang dipetik dari majalah solusi.






Banyak perkara yang dibincangkan berkenaan tajuk ini dan kesimpulannya, pupuklah sifat sabar dalam menempuh kehidupan sebagai hambanya, kerana segala ujian kehidupan ini Allah turunkan untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Jadikanlah Allah sebagai tempat untuk mengadu segala suka duka kerna Dialah yang memberikan suka duka itu dan pasti dia juga yang akan menghilang atau mengekalkannya. Jadikanlah Allah sebagai sandaran harapan kita sebelum kita mengadu kepada insan-insan lain untuk diberi nasihat agar diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini...






SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG SABAR.




Sesi bedah buku telah disampaikan oleh Ukhthi Masyitah dengan tajuk buku ' Tribute Buat Nenda', karangan ustaz Rashidy Jamil (JAKIM). Menceritakan kisah seorang nenek yang telah mencorakkan kisah suka duka dalam kehidupan Ustaz Rashidy yang boleh dijadikan ikhtibar dan panduan kehidupan. Majlis di akhiri dengan sedikit Jamuan...






Semoga sedikit perkongsian kita pada kali ini, dapat memberi kesan kepada hati kita untuk mengharungi arus kehidupan yang mendatang.






Semoga kita dapat bertemu lagi di sesi usrah yang akan datang.. Wassalam.






* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)