Pages

Tuesday, May 31, 2011

Semalam adalah kenangan dan teladan



Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Berbekal nikmat iman dan ISLAM. Semoga ALLAH meredhai dan merahmati hidup kita semua.

Semalam, kita mungkin seseorang yang suka tangguh kerja.
Semalam, kita mungkin seseorang yang suka buat kerja sia-sia.
Semalam, kita mungkin seseorang yang suka dedah aurat dengan sengaja.
Semalam, kita mungkin seseorang yang suka cakap tanpa batas.
Semalam, kita mungkin seseorang yang selalu tak tepati masa.
Semalam, kita mungkin seseorang yang sangat suka melawan kata.

Tapi, itu semua sudah berlalu.
Dan hari ini, kita berazam untuk mulakan hidup baru.
Kita berazam untuk jadi seseorang beridentiti baru.

Lupakan lembaran kisah semalam.
Hari ini, langkah perlu diteruskan.

Hari ini, kita berazam untuk jadi seseorang yang mampu memberi sesuatu kepada masyarakat.
Hari ini, kita berazam untuk menutup aurat.
Hari ini, kita berazam untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang taat.
Hari ini, kita berazam untuk menjadi seseorang yang hebat beribadat.
Hari ini, kita berazam untuk menjadi sesorang yang sanggup memberi khidmat.
Hari ini, kita berazam untuk mencari bekal menuju akhirat.
Hari ini, kita berazam untuk berubah kearah kebaikan.

Walau siapapun kita sebelum ini, jangan sesekali jadikan alasan untuk terus berada di tampuk lama. Kita masih punya masa. ALLAH masih sayang kita. Sentiasa.

Andai terasa diri penuh dosa, pohonlah keampunan dariNYA.
ALLAH tidak pernah menghampakan hambaNYA.
DIA sangat kaya dengan keampunan dan kasih sayang.
DIA sangat kaya dengan rahmat dan kurnia.

Bukan mudah untuk berubah.
Semuanya menuntut kekuatan, kesabaran, kesungguhan, pengorbanan dan banyak lagi.
Apa yang paling penting, semuanya dilakukan hanya kerana ALLAH.
Berbahagialah wahai diri, andai diberi peluang merasai nikmat hidayah dari ALLAH.
Diantara berjuta-juta manusia di muka bumi ini, masih ada ruang untuk kita di sisi ALLAH.
Disaat insan lain sedang hanyut dengan hiburan dunia, Pencinta Syurga pastinya tidak akan melepaskan peluang bercinta dengan PENCIPTAnya.

Jika mengharap pada manusia, seringkali kita akan kecewa.
tapi jika mengharap pada ALLAH, pasti dihadiahkan penyelesaian yang membahagiakan kita..




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

0 comments:

Post a Comment

Nisa' Connecting Youth.. =)