Pages

Monday, May 30, 2011

Laporan::Program Pengedaran Risalah



Assalamualaikum dan apa khabar sahabat-sahabat Nisa Putrajaya?Alhamdulillah dan syukur pada Allah kerana telah memberi nikmat iman dan Islam sehingga pada saat ini.



Pada 29 mei 2011 (Ahad),Nisa Putrajaya telah mengadakan program edar risalah bertempat di Presint 3, Putrajaya. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Belia yang dijalankan selama 3 hari di Putrajaya.Program ini bertujuan adalah untuk mendekati remaja di Putrajaya dengan memberikan risalah yang berunsur dakwah dan islamik.



Ahli Nisa Putrajaya sedang bersiap sedia untuk mengedar risalah


Ahli Nisa Putrajaya telah berkumpul di Masjid Tuanku Mizan seawal pukul 9 pagi dan bergerak 2 orang satu kumpulan di sekitar Presint 2,3 dan 4.
Alhamdulillah program ini berakhir dalam pukul 11 pagi dan kami dapat berjumpa dengan pelbagai peringkat umur remaja.Ini adalah antara wasilah dakwah yang praktikal untuk berjumpa dengan mad’u(orang yang didakwah)secara terus. Semoga program ini diberkati Allah dan dapat diteruskan lagi di masa akan datang :)



Sedang memberikan risalah dan bermesra bersama salah seorang remaja


"Selamat Membaca ye "-dakwah disampaikan jua kepada muslimin


Terima kasih semua kerana memberikan komitmen untuk meneruskan kesinambungan penyebaran risalah perjuangan Rasulullah di bumi Putrajaya ini :)

2 comments:

Nisa' Connecting Youth.. =)