Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.
Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Sesekali ditarik sedikit nikmat sihat, DIA gantikan dengan nikmat kesakitan, adalah untuk menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini, semua perkara tidak kekal, kecuali DIA.
Ada masa kita sihat, ada masa kita sakit, ada masanya kita gembira, ada masanya kita berduka. Semuanya datang silih berganti, mengikut ketetapan yang DIA dah aturkan kepada kita. Andai terlalu gembira, pasti ditegurnya dengan sedikit duka, supaya kita tidak terlalu leka. Bila ditimpa kesulitan, hujungnya pasti dihadiahkan kesenangan dan kemanisan. Ganjaran buat kita, atas kesabaran yang dititipkan. Betapa pemurah dan penyayangnya ALLAH terhadap kita. Mengapa masih beralasan untuk mengucapkan syukur?
Jangan gigit tangan yang memberi kamu makan!
Ya, kata-kata ringkas tapi punya maksud yang tersirat. Siapakah yang telah memberikan oksigen kepada kita selama ini? Siapakah yang telah memberi rezeki kepada kita sepanjang hidup di dunia ini? Siapakah yang telah memberi nikmat kesihatan kepada kita untuk terus mengembara di bumi ini?
Siapa lagi selain ALLAH, yang mampu memberikan semua itu kepada kita?? Mengapa masih kufur dengan nikmat yang ALLAH berikan? Mengapa masih menolak ISLAM dalam kehidupan. ISLAM begitu indah. Sentiasa sesuai diamalkan dalam setiap perkara, tak kira tempat, mahupun masa. Jangan berdalih untuk amal ISLAM 100%.
ALLAHu ALLAH.
Ada yang mengaku ISLAM, tapi masih mendedahkan aurat dengan sewenang-wenangnya. Ada yang mengaku ISLAM, tapi masih menebur fitnah di merata-rata. Ada yang mengaku ISLAM, tapi dengan mudah berjabat tangan dengan bukan mahram. Ada yang mengaku ISLAM, tapi masih makan duit haram. Bercakap tentang ISLAM, tapi masih menolak hukum yang dah terang-terangan dalam al-Quran. Bagaimana?
Astaghfirullahal a'zim.
"Ya ALLAH, bimbinglah kami ke jalan yang diredhaiMU. Janganlah KAU biarkan kami mengatur hidup kami sendiri tanpa hidayah dariMU. Janganlah KAU biarkan kami terus berada dalam kemaksiatan dan kealpaan. Bantu kami ya ALLAH. Bimbing kami ya ALLAH. Kasihilah kami Ya ALLAH, kasihilah kami.
Kami sering melihat maksiat berlaku dihadapan kami, kami sering melihat saudara-saudara perempuan kami mendedahkan aurat mereka, kami sering melihat saudara-saudara kami bersentuhan tanpa malu. Ya ALLAH, kami takut akan azabMU. Kami ingin bantu mereka. Kami ingin menegur mereka. Pinjamkan kekuatan dan kesabaran pejuangMU yang terdahulu kepada kami ya ALLAH. Berikan kami ketabahan untuk terus membantu umat ISLAM di bumi Putrajaya ini ya ALLAH. Bukalah jalan untuk kami tebarkan ISLAM, agamaMU yang syumul di bumi Putrajaya ini ya ALLAH. Kami merayu, kami merayu kepadaMU, ya ALLAH. Bantulah kami. Amin ya robbal a'lamin..."
Sahabat Nisa' yang dirahmati ALLAH sekalian, mohon doa dari kalian, semoga ALLAH merahmati dan meredhai usaha yang kita lakukan dalam menyebarkan dakwah di Putrajaya ini.
Insya'ALLAH, kami akan mengadakan program edar risalah pada hujung minggu ni. Mana-mana ahli Nisa' Putrajaya yang berkelapangan, boleh turut serta. Jumpa nanti ya. Yang berminat, boleh hubungi kami.
Sekian dari kami, salam sayang, seharum ukhuwwah, semerbak mahabbah. Wassalam. ^_~
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *
0 comments:
Post a Comment
Nisa' Connecting Youth.. =)