Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Thursday, June 30, 2011

Forum Di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 Jun 2011

Assalamua'laikum.



Dikesempatan ini ingin kami kongsikan cebisan maklumat yang kami peroleh, untuk dikongsi bersama:


Tarikh KHAMIS, 30 Jun 2011

Tempat DEWAN SOLAT UTAMA MASJID PUTRA,PUTRAJAYA

Detail :-

PROGRAM BERMULA JAM 7.00 MALAM- 10 MALAM (CERAMAH BERMULA SELEPAS SOLAT MAGHRIB)

TAJUK: ISRA' & MIKRAJ: 'IBRAH SEBUAH PERJALANAN

PANEL 1: US.HASRIZAL ABD. JAMIL
(PENGARAH URUSAN SYNERGY TRAINING & CONSULTING) -beliau menulis di blognya, 'Saifulislam.com'

PANEL 2: DR. MOHD HARIDUN
(KETUA UNIT AEROANGKASA, MALAYSIAN OF AVIATION TECHNOLOGY, UNIKL)

MODERATOR: US.HUSNI ABD.RAHMAN (PPZ MAIWP)


sumber : http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=akt



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Dunia Hanya Persinggahan

Assalamua'laikum.



Apa khabar semuanya? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. ALhamdulillah, dikurniakan nikmat yang tak pernah berbelah bagi.

Hari ini, bertarikh 30 Jun 2011. Hari terakhir kita untuk bulan Jun. Dan esok merupakan hari terakhir kita didalam bulan Rejab yang mulia.

ALLAHU ALLAH.

Sekejap saja masa berlalu. Terlalu pantas. Apa yang telah berlaku, biarkanlah ia berlalu. Hari-hari yang bakal mendatang, hiasilah ia dengan amalan yang berterusan. Semoga ada ruang untuk kita semua, merasai keinsafan dan indahnya hidup dengan rasa bertuhan.

Semoga hari ini dan seterusnya, akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. (^_~).

Kami ingin sekali berkongsi satu lirik lagi, dari kumpulan As-Saufee.. Yang bertajuk Dunia. Lirik nasyid ini punya maksud yang tersirat. Mampu memberi kesan kepada kehidupan kita. Bahawa dunia hanyalah satu tempat persinggahan. Ia menyeru kita supaya tidak terkesan dengan dunia yang melalaikan.

Kebanyakan manusia tidak menyedari akan hakikat dunia yang hanya bersifat sementara. Tiada satupun yang kekal abadi, melainkan ALLAH yang maha esa. Ayuh, cambah iman. Sama-sama kita maknakan kehidupan.

*****

OH DUNIA HANYALAH PERSINGGAHAN

BAGI MUSAFIR BERKELANA MENCARI ARAH
PETUNJUK SERTA HIDAYAHNYA
DARI ALLAH YANG ESA



KE MANA PERGINYA
ARAH TUJUAN YG HAKIKI
JALAN YG LURUS ATAU JALAN YG BERLIKU
SEMUA ITU FITRAH AZALI
UNTUK INSAN INSANI




DUNIA HANYA SEMENTARA
AKHIRAT JUA MENENTUKAN
DUNIA HANYA PINJAMAN
BAGI ORANG YANG BERIMAN




KU BERSYUKUR ATAS RAHMAT MU
AMPUNI SEGALA DOSAKU
KUBERSERAH HANYA PADAMU
YA ALLAH KUPASRAH PADAMU
 
 
* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Wednesday, June 29, 2011

Selamat memperinga​ti Peristiwa "Israk & Mikraj"








"Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101).


Dari 2butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antarasatu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini,G=6.67428x10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! –Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

"Dan ini jalanKu yg lurus, kamu ikutilahia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yg lain), nanti kamu berpecah dari jalanNya....." (Al-An'aam:153)


Peristiwa Israk Mikraj



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikatJibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuangketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudiandituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelahitu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi olehRasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) olehmalaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempatyang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supayaberhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaanialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yangamat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabiladituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Halini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulahkaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikansebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminyadan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan imanibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (takmahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kalidipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikiandilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yangberat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengansecebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara apidan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidakmengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuksedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki danperempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masingmempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:Itulah orang yang makan riba`.


§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapiditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikanamanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan pengguntingbesi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembaliseperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakansesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. KataJibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkanmaruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapatdimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberiperhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripadaakhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yangmensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat harikiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk kedalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` danmursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisiarak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Bagindamembuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat bagindaakan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. danJibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintuHafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, laluberjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makanriba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuanmereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzinaperempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalumasuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii.Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S.yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh olehJibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalubertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'murdihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S.bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmuadalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlahumatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamkukepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dantanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lahILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkansepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yangajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulandengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagaikeajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arakdan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warnadan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emasberterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda RasulullahS. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malikpenunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelakidi dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepadamasjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan HadhratRabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya,lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlahkepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telahambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkauberkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapatmelembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkaukurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, diadapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkaulindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagaikekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepadaumatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baikumat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Akukurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapasebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatuperbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panjiLiwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan akufardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayukepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktusembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan limawaktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu seharisemalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun keBaitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yangsama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yangkemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaibitu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikrajbukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhiperkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkanpelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafankepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayatibenar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukanberbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk mengujiumat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orangkafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai,malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikankudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telahmenunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SallallahuAlaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankanhamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yangtelah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagiandari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagiMaha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Monday, June 27, 2011

Forum Isra' Mikraj 1432H/2011M

Assalamualaikum,






InsyaAllah marilah kita bersama-sama meramaikan dan menghadiri majlis ilmu seperti ketentuan berikut :-

Tarikh: 28 Jun 2011 (Selasa)




Masa: 7.00 malam - 9.30 malam

Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya

Tajuk Forum: Isra' Mikraj Menjana Transformasi Ummah"

Mohon sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang berkelapangan untuk turut hadir.





Jom berFORUM!!

Muhasabah

Assalamua'laikum.

Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, ALLAH masih beri kita peluang dan ruang meneruskan kehidupan. Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan Sekalian Alam.

Dikesempatan ini, ingin kami kongsikan sedikit bingkisan buat panduan kita bersama.. (^_~)

***

Kisah pemudan dan sikap pemarah

Disebuah kampung, ada seorang pemuda yang pemarah. Pantang ada yang tak kena dipandangannya, pasti amarah menguasai diri.

Pada suatu hari, bapa pemuda tersebut memanggil beliau. Bapanya memberikan seguni paku kepada pemuda tersebut. Pemuda terkejut dengan pemberian dari bapanya, lantas bertanya :

"Untuk apakah paku-paku yang banyak ini wahai bapaku?"

"Anakku, setiap kali kamu merasa marah kepada seseorang, kamu ketuklah paku ini di tembok belakang rumah kita.", jawab si bapa.

Maka, setiap kali pemuda tersebut merasa marah, beliau akan memaku tembok di belakang rumah dengan menggunakan paku yang diberikan oleh bapanya.

Pada hari pertama, berpuluh-puluh pucuk paku telah diketuk pada tembok tersebut. Namun, lama kelamaan, semakin sedikit paku yang diketuk. Dan akhirnya, tiada satupun paku yang diketuk di tembok tersebut, kerana pemuda tersebut telah bejaya mengawal amarahnya dan tiada seorang pun yang dapat menyebabkan beliau merasa marah.

Pemuda tersebut menemui bapanya, lalu berkata, "bapaku, sudah seminggu anakmu tidak mengetuk paku didinding. Saya sudah tidak merasa marah lagi."

Bapanya tersenyum, lantas menjawab, "Wahai anak, kalau begitu, kamu cabutlah kesemua paku yang ada pada tembok tersebut."

Pemuda terpinga-pinga, tapi menurut sahaja kata-kata bapanya.  Pada hari pertama, hanya sedikit sahaja yang berjaya dicabut oleh pemuda tersebut. Hari kedua, ketiga dan seterusnya juga sama. Mencabut paku tersebut tidak semudah mengetuknya.

Seminggu kemudian, pemuda menemui bapanya. Dengan wajah hampa, beliau berkata, "bapaku, hanya sedikit paku yang berjaya dicabut semula. Susah untuk mencabutnya semula, tidak semudah mengetuknya dahulu."

Bapa pemuda tersebut memimpin tangan pemuda, menuju ke arah tembok di belakang rumah.

"Lihat anakku, apa yang ada di tembok tersebut?"

"Tiada apa pun disana, wahai bapaku. Hanya ada paku-paku dan kesan-kesan paku yang telah dicabut", jawab pemuda.

"Anakku, kamu ibaratkan tembok tersbut ialah hati orang yang ada disekelilingmu. Setiap paku yang kamu ketuk, adalah kata-kata dan perbuatan yang kamu telah keluarkan sewaktu kamu marah. Begitu mudah melakukannya, bukan? Semudah mengetuk paku di tembok.

Tapi, lihatlah kesannya. Tembok tersebut rosak. Bila dicabut, meninggalkan lubang. Kesan yang mendalam. Malah, ada juga yang tidak dapat dicabut. Begitulah juga kesannya terhadap hati mereka yang telah kamu marahi sewaktu kamu sedang dikuasai kemarahan. Kamu akan cakap dan lakukan apa saja untuk meluahkan kemarahan kamu. Tapi, tanpa kamu sedar, kamu sebenarnya sedang melukakan mereka. Menyakiti hati mereka.

Mungkin suatu hari nanti, kamu akan menyedari kesilapan kamu. Tapi, adakah semudah itu mereka akan memaafkan kamu? Setelah kata-kata yang kamu lemparkan menusuk hati mereka?

Jika ada yang memafkan kamu, baguslah. Tapi, walaupun kamu telah berjaya mencabut 'paku' dihati mereka, kesannya masih ada bukan? Tusukan kata-kata yang kamu lemparkan sewaktu marah, mungkin boleh dibuang. Tetapi, parutnya takkan hilang. Malah, lebih teruk, jika mereka tidak dapat memaafkan dirimu, sebagaimana susahnya kamu mencabut paku yang telah tertanam di tembok tersebut".

Pemuda tersebut terduduk mendengar kata-kata bapanya. Air mata keinsafan mengalir laju. Dia sedar, apa yang telah dikatakan oleh ayahnya, bukanlah omong kosong. Bukan sekadar menyuruhnya melakukan perbuatan yang sia-sia. Tapi segalanya penuh makna tersirat. Dia insaf. Sangat-sangat insaf.

Bapanya lantas memeluk pemuda tersebut, dan berkata, "anakku. Peluang untukmu masih terbuka luas. Ayuh, jangan buang masa. Dosa sesama manusia, hanya boleh terhapus setelah dimaafkan oleh manusia jua. Amarah adalah sikap syaitan laknatullah. Janganlah kamu biarkan dirimu dikuasainya. Semoga ALLAH membimbingmu, wahai anakku"

"Terima kasih. Terima kasih kerana memberi pengajaran ini kepadaku. Terima kasih kerana menyedarkan saya," kata pemuda kepada bapanya.

"Segalanya datang dari ALLAH, wahai anakku"..

****

Ikhtibar :



Belajarlah mengawal kemarahan. Cubalah sedaya upaya menjaga hati orang sekeliling terutama orang yang paling rapat dan paling mengasihi kita. Sedikit saja kata-kata yang tidak terjaga, mampu membuatkan hati terluka.


Jom jadi orang kuat kerana nabi saw ada bersabda: "Orang yang paling kuat yang sebenarnya adalah seseorang yang sedang berada dalam puncak kemarahan, wajahnya memerah dan kulitnya bergetar, tetapi ia mampu meredakan marahnya itu." (Riwayat Ahmad)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, June 24, 2011

RiINDU RAMDHAN ~tinggal 8 hari lagi

Wednesday, June 15, 2011

Kita semua adalah saudara

Assalamua'laikum.

Salam sayang dari kami buat sahabat Nisa' sekalian. Semoga dirahmati ALLAH sentiasa, dicatat sebagai bakal penghuni Syurga, insya'ALLAH.

Sekadar berkongsi cetusan rasa, untuk tatapan kita bersama. Semoga ALLAH meredhai setiap perkara yang kita lakukan. Barokallah...

******

Wahai muslimah sekalian,
cubalah lihat disekelilingmu.
Ramai sahabat wanita yang sedang menghulur tangan,
mohon disambut oleh kita semua.


Wahai muslimah sekalian,
lihatlah disekelilingmu.
Ramai wanita yang sedang telanjang,
walaupun zahirnya mereka berpakaian.


Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
Masyarakat semakin leka,
lupa bahawa dunia hanya sementara.


Wahai muslimah sekalian,
lihatlah sekelilingmu.
Ramai remaja hilang dara,
begitu mudah menyerahkan kepada syaitan bertopeng manusia.


Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
Pesta maksiat merata-rata,
Masyarakat semakin menggila.


Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
dengan keadaan masyarakat yang sebegini,
masih ada masa untuk bergoyang kaki?


Wahai muslimah sekalian,
Mahu tunggu sampai bila?
Mahu tunggu siapa untuk mula?
Mahu tunggu saudara kita jadi mangsa?


Ayuh muslimah sekalian.
Banyak yang perlu kita laksanakan.
Andai tidak mampu angkat senjata,
gunakan saja segala peluang yang ada.
Menulis, juga berguna.


Dakwah, tak mengenal usia.
Dakwah, tak mengenal siapa.
Dakwah, tak mengenal jantina.
Siapa saja boleh lakukan.
Dengan bekal ilmu di dada.


Perlu diingat dua't sekalian,
Ilmu dan amal perlu seiring,
bimbang mendapat murka tanpa sengaja.
Segala usaha jadi sia-sia.


Semoga ALLAH redha,
menjadi bekalan untuk ke Syurga.

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, June 13, 2011

Ayuh, semangat!


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.




“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

Renungan kita bersama :

Bertaqwalah kita pada Allah, yakni menjalankan perintahNya & jauhi laranganNya, sungguh kita hanya tulang terbalut daging yang akan membusuk di dalam kubur, dan taqwa adalah satu-satunya jalan menuju kemuliaan.  Kita diciptakan untuk menyembahNya, lalu apakah kita hidup dalam tujuan penciptaan kita, atau kita hanya manusia yang suka menghinakan diri dengan perkara yang sia-sia?

mari jadi orang baik

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, June 10, 2011

RINDU RAMADHAN..Ayuh, bersama kami..


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, sekali lagi ALLAH memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program bersama masyarakat Putrajaya.

Insya'ALLAH, satu program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432H
Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari

Program ini diadakan untuk mengembalikan semangat dan ruh bulan Ramadhan di samping menyediakan diri dan minda untuk menyambut ketibaan Ramadhan serta membudayakan pembacaan Al-Quran di kalangan masyarakat.

Ia adalah program untuk wanita sahaja... Tiada had umur. Kami menerima sesiapa sahaja, selagimana mereka adalah WANITA. (^_~). Juga terbuka kepada semua wanita yang berada di sekitar Putrajaya.

Sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran, boleh hubungi:
Cik Khadijah : 019-9138587 & Cik Asyikin : 013-2222589

Kami mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan sahabat sekalian.. Jangan lupa hebahkan kepada sahabat-sahabat yang lain ya..

Jumpa di sana.. Insya'ALLAH. (^_^)

Wassalam



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Tuesday, June 7, 2011

REJAB datang bertandang, SYAABAN bakal menyusul, RAMADHAN semakin dekat





Assalamua'laikum.



Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi kerana ALLAH sekalian? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.



ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM.


Alhamdulillah, ALLAH masih memberi kesempatan dan ruang kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. ALhamdulillah, segala puji bagiNYA.


Hari ini, bertarikh 5 Rejab 1432H, bersamaan dengan 7 Jun 2011M. Sedar atau tidak, kita telahpun 5 hari berada dalam bulan Rejab.


ALLAHU ALLAH.


Sekejap saja masa berlalu. Rasanya, baru saja meninggalkan Rejab tahun lepas. Hari ni, bertemu lagi. Masa semakin pantas berlalu, tak terkejar rasanya.

REJAB, SYAABAN, RAMADHAN..

Haa, dah tak lama nak masuk bulan Ramadhan ni, dah tak sampai 2 bulan pun lagi ni. Sahabat-sahabat Nisa' sekalian dah habis puasa ganti? Kalau belum, jangan lupa ganti tau. Kalau puasa dekat-dekat Syaaban, nanti kalut pula. (^_~). ALLAH bagi 11 bulan untuk kita ganti puasa yang tertinggal. Mengapa perlu tunggu bulan-bulan terakhir untuk mengqadha puasa? Sama-sama kita ingatkan sahabat-sahabat dan orang disekeliling kita yang masih belum menunaikan tanggungjawab. Takut mereka terlupa. Nanti kita juga yang dapat saham, sebab tak ingatkan mereka.





JOM AMBIL TAHU TENTANG REJAB



Suka untuk kami kongsikan, yang dipetik dari beberapa laman web.



Rejab termasuk satu daripada empat bulan yang disebut al-Quran sebagai al-Asyhur al-hurum atau ‘Bulan Yang Dihormati’ dalam ayatnya yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang lurus, maka jangan kamu menganiaya diri kamu pada bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya seperti mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah SWT berserta orang yang bertakwa.” (Surah al-Taubah: ayat 36).


Hakikat ini ditegaskan dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya zaman itu sudah kembali seperti keadaannya pada waktu Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada 12 bulan. Empat daripadanya adalah bulan yang dihormati dan yang tiga berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam dan Rejab adalah bulan Mudhar – bulan yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban. (Hadis riwayat Muslim).


Antara sebab mengapa empat bulan itu dihormati adalah kerana dalam semua bulan itu dilarang melakukan apa-apa yang berkaitan dengan peperangan pada zaman Jahiliah yang dipetik hadis bermaksud: “Utusan Abdul Qais datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, kami berasal dari wilayah Rabi’ah. Antara kami dan engkau, terhalang oleh orang kafir Bani Mudhar. Kerana itu, kami tidak dapat datang kepadamu kecuali pada bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab). Oleh itu, perintahkanlah kami dengan sesuatu yang dapat kami kerjakan dan kami seru kepada orang di belakang kami.


Baginda Rasulullah SAW sentiasa berdoa dengan doanya yang masyhur “Allahumma barik lana fi Rajab wa ballghna Ramdan” atau ertinya, “Wahai Allah, anugerahkanlah keberkatan Rejab kepada kami dan kurniakanlah kehidupan kepada kami sehingga kami berjumpa dengan bulan Ramadan.”


Kemuliaan Rejab turut dipetik bangsa Arab dalam peribahasa mereka yang menyebut ’Isy rajaban tara ’ajaban yakni hiduplah dari Rejab ke Rejab maka engkau akan melihat pelbagai keajaiban. Rejab dalam peribahasa ini dikiaskan sebagai tahun. Dalam Islam ia juga dimuliakan sehingga perkara sama juga kita dapati dalam syair bahasa Melayu yang menyebut “Rejab bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, Ramadan bulan menuai. Rejab menyuci badannya, Syaaban menyucikan hati dan Ramadan menyucikan rohnya. Rejab bulan maghfirah, Syaaban bulan syafaat dan Ramadan bulan menggandakan pahala.”


Adat istiadat jahiliah yang dilakukan pada Rejab yang kemudian dilarang Islam adalah seperti dalam sebuah hadis maksudnya: “Tidak ada lagi fara` (anak unta pertama yang disembelih untuk berhala-berhala mereka) dan tidak pula ’atirah (haiwan ternak yang disembelih pada sepuluh hari pertama dari bulan Rejab. (Hadis riwayat Muslim).


Dari segi bahasa ‘Rejab’ bermakna ‘memuliakan, mengagungkan.’ Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan bahawa Rejab mempunyai 14 nama termasuk Munassil al-Alsinah; Munaffis; al-Asamm; Mutahhir; Mu’alli; Muqim; Haram; Muqasyqisy; Mubri’; Fard dan Rajab Mudhar (Rejab Mudhar).





Bulan Rejab itu dinamakan dengan BULAN ALLAH.



REJAB bulan menabur benih.

SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.


REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Salam Rejab buat Ahli Nisa Putrajaya




Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirindui,

Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai segala amal kita,InsyAllah..Sedar atau tidak,hari ini sudah masuk hari yang kelima dalam bulan Rejab.Bagaimana dengan amal ibadah kita?semakin meningkat atau menurun?

bersama-sama ini ingin kami kongsikan amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Rejab..Selamat beramal :)


Sumber:http://risalah-amal.blogspot.com/

Friday, June 3, 2011

SELAMAT HARI LAHIR (MEI & JUN)





Assalamua'laikum.


Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin mengucapkan


"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN"


kepada

Masyitah Rahim
Norjihan Bt Abu Bakar
Rosemariah Isa
Nur Tayyibah Az-Zahra Binti Syed Aboo Tahir
Supriyani Mustamin
Linsharliana Binti Sharudin
Nor Fazihah Binti Omar

Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan. Dan yang paling utama, semoga mendapat redha ALLAH dalam setiap perkara.




Salam sayang dari kami, Nisa' Putrajaya.
Wassalam.