Ladies Day Out - Sukan Memanah

Yang telah diadakan pada 10 April 2016 bertempat di Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya (KKTC)

Pages

Tuesday, May 31, 2011

Semalam adalah kenangan dan teladan

Assalamua'laikum.Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Berbekal nikmat iman dan ISLAM. Semoga ALLAH meredhai dan merahmati hidup kita semua.Semalam, kita mungkin seseorang yang suka tangguh kerja.Semalam, kita mungkin seseorang yang suka buat kerja sia-sia.Semalam, kita mungkin seseorang yang suka dedah aurat dengan sengaja.Semalam, kita mungkin seseorang yang suka cakap tanpa batas.Semalam, kita mungkin...

Monday, May 30, 2011

Laporan::Program Pengedaran Risalah

Assalamualaikum dan apa khabar sahabat-sahabat Nisa Putrajaya?Alhamdulillah dan syukur pada Allah kerana telah memberi nikmat iman dan Islam sehingga pada saat ini.Pada 29 mei 2011 (Ahad),Nisa Putrajaya telah mengadakan program edar risalah bertempat di Presint 3, Putrajaya. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Belia yang dijalankan selama 3 hari di Putrajaya.Program ini bertujuan adalah untuk mendekati remaja di Putrajaya dengan...

Friday, May 27, 2011

Ayuh bersama kami

Assalamua'laikum.Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya.Dengan izin ALLAH, kami akan mengadakan program edar risalah pada ketetapan berikut:Tarikh : 29 Mei 2011 (Ahad)Masa : 9.00 pagiTempat : sekitar Presint 3 & 4, PutrajayaInsya'ALLAH, kita akan berkumpul di tapak pasar malam, Presint 3. Kepada yang terlibat, boleh hubungi Puan Syuhada untuk sebarang pertanyaan. (^_~). Jumpa nanti ya.Semoga ALLAH permudahkan...

Thursday, May 26, 2011

Putrajaya, kami menyayangimu...

Assalamua'laikum.Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.Alhamdulillah, dengan izinNYA, kita masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Sesekali ditarik sedikit nikmat sihat, DIA gantikan dengan nikmat kesakitan, adalah untuk menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini, semua perkara tidak kekal, kecuali DIA.Ada masa kita sihat, ada masa kita...

Wednesday, May 25, 2011

PASTI LEBIH BAIK! =)

INDAHNYA SABAR BAGI ORANG YANG BENAR-BENAR MERASAINYAHikmah di sebalik musibahRasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya mendapatkan kebaikan maka Allah segerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan untuknya maka Allah akan menahan hukumannya sampai akan disempurnakan balasannya kelak di hari kiamat.” (HR. Tirmidzi)Di dalam hadis yang agung ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi...

Tuesday, May 24, 2011

Catatan dari Usrah Nisa' Bulan Mei 2011

Assalamualaikum.Sahabat-sahabat Nisa' Putrajaya sekalian, alhamdulillah, pada 20 Mei 2011(Jumaat) yang baru berlalu usrah gabungan Nisa' telah berjalan dengan lancar. Walaupun pada hakikatnya ramai ahli nisa' yang tidak dapat hadir disebabkan masing-masing ada hal yang tidak dapat dielakkan.Majlis dimulakan dengan sesi taaruf bersama 3 Ahli baru iaitu, Rosnani, Masmuliati dan Zuriana. Agenda seterusnya ialah penyampaian tazkirah oleh ukhti Asyikin....

Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU SEMALAYSIA :)

Assalamualaikum,Di kesempatan ini,rasanya masih belum terlambat untuk Nisa Putrajaya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik (guru,pensyarah,ustaz dan ustazah)di seluruh Malaysia amnya dan Putrajaya khasnya.Semoga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan kepada kami semua menjadi amalan kami sepanjang hayat kami. Betapa besarnya ganjaran guru-guru kita yang selama ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita sejak dari kecil lagi..Terima...

UPDATED::Usrah dan Qiam Nisa Putrajaya

Assalamualaikum..InsyaAllah program usrah yang tertangguh sebelum ini akan diteruskan pada ketentuan berikut:TARIKH : 20hb & 21hb Mei 2011 (Jumaat - Sabtu)MASA : 8.15 malam - 8.00 pagiTEMPAT : Fasa 10, Putrajaya.AGENDA :1) SOLATISYAK BERJEMAAH2) USRAH3) QIAM4) SOLAT SUBUH BERJEMAAH5) RIADAH6) BERSURAI. JOM datang beramai-ramai ke majlis ilmu...

Thursday, May 12, 2011

Pengumuman Penangguhan

Assalamua'laikum.Salam sayang buat semua sahabat. Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat sihat dan hidup sehingga hari ini. Doa dan harapan, semoga berada dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa.Dikesempatan ini, kami ingin membuat satu pengumuman.Dukacita dimaklumkan, Usrah dan Qiam Nisa' Putrajaya yang sepatutnya berlangsung pada malam esok ( 13 Mei 2011) terpaksa ditangguhkan kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf...